Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Mohammad Emami Kashani berkata, "Kuasa angkuh global dan dalangnya tahu sebarang serangan terhadap simbol suci agama akan mendapat reaksi dan tentangan dunia Islam."
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang perarakan Arba'in dan menambah, "Festival ini merupakan keberkatan bagi para penziarah yang mana mereka melakukan perjalanan irfan dan kembali dengan kepuasan. Namun yang paling penting ialah perarakan ini merupakan pesanan kepada kuasa besar dunia."
Menurut beliau lagi, "Lebih dua puluh juta rombongan menuju ke arah Karbala, simbol dan komuniti kecil hati dunia Islam yang mempunyai satu ribu enam ratus juta."
"Seluruh umat Islam dari kalangan Syiah dan Sunni mempunyai kecintaan terhadap Ahlul Bait (a.s). Ahli Sunnah menitiskan air mata di Kazimayn dan bersumpah dengan nama Allah terhadap Musa ibnu Ja'far dan Jawad.
"Oleh itu kuasa angkuh global membuat perancangan dengan mewujudkan kumpulan ISIS dan yang seperti dengannya terhadap mereka yang pergi ke Samarra dan Karbala. Setelah itu mereka berkata kita menentang mereka (ISIS). Ini secara rasminya menunjukkan bahawa kuasa angkuh global adalah gerakan syaitan yang ingin menghindarkan ziarah ke tempat-tempat suci," tutur beliau.
Emami Kashani menerangkan bahawa seribu enam ratus juta umat Islam berdiri (menyokong) di belakang bangsa dan askar Iraq dan menegaskan, "Tidak hanya umat Islam yang dapat kita saksikan di dalam perarakan Arba'in, bahkan bangsa Armania yang memakai lambang salib di leher juga turut berada dalam perarakan menziarahi Abal Fadhl (a.s) dan Imam Husain (a.s). Kuasa angkuh global dan talibarutnya tahu, sekecil-kecil serangan terhadap tempat suci akan mendapat reaksi dan tentangan dunia Islam."
"Hanya berapa ratus orang yang berkumpul di suatu tempat dan mengauti fahaman Wahabi, mereka dirundung kejahilan dan menjadi ejen kuasa asing dalam menghadapi seribu enam ratus juta umat Islam sedangkan dunia Islam kenal siapakah musuh dan dapat menghapi mereka dengan baik," jelas beliau lagi.
26 Disember 2014 - 18:43
News ID: 660865
Kuasa angkuh global bimbang dengan kecenderungan umat Islam terhadap Ahlul Bait (a.s)